Wednesday, February 19, 2025

Sejarah Penubuhan Sekolah

 

  • SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah atau dikenali dengan Sekolah Menengah Batu 16, Perlis (sebelum 14.2.1990) bermula dengan sebuah bangunan yang disiapkan pada bulan Jun 1976 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pengajian di SM Batu 16, Perlis bermula pada 1 Ogos 1976 sebagai Cawangan SM Tengku Suleiman, Tunjong di bawah penyeliaan Encik Jayaran a/l Ragavan.
  • Pada 15 Mac 1979 sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai SM Batu 16, Perlis. Pada tarikh itulah sekolah ini menerima seorang pengetua iaitu Encik Samsu bin Abbas
  • Mulai tarikh itu, ia tidak lagi menjadi cawangan SM Tengku Suleiman tetapi ia berdiri sendiri sebagai sebuah sekolah menengah Gred B.
  • Sekolah ini telah ditukar namanya menjadi SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah,(SMKRPMTF) pada 14 Februari 1990 bersamaan 18 Rejab 1410.
  • Perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
  • Sekolah ini telah maju setapak lagi apabila dinaikkan taraf menjadi sekolah menengah Gred A mulai 1 Mac 1993.
  • SMKRPMTF yang terletak di Kaki Bukit, Jalan Padang Besar (U) kini mempunyai 620 orang pelajar, 66 orang guru dan 12 orang AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana).
  • SMKRPMTF kini mempunyai 4 bangunan tambahan yang baru iaitu Blok Pentadbiran, Blok Pusat Sumber, Blok Bengkel  dan Blok Akademik.
  • Pada tahun 2019 SMKRPMTF telah dipilih secara rasminya menjadi Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 4.0.dan di bawah program Potential Future Charasmatic Leader (PFCL).

No comments:

Post a Comment

Program Study Tour to Langkawi 5 2026

 Pada 12 hingga 14 Jun 2026, seramai 65 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 terlibat dalam program ini.  Sesi Refleksi ole...