- SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah atau dikenali dengan Sekolah
Menengah Batu 16, Perlis (sebelum 14.2.1990) bermula dengan sebuah
bangunan yang disiapkan pada bulan Jun 1976 oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
- Pengajian di SM Batu
16, Perlis bermula pada 1 Ogos 1976 sebagai Cawangan SM Tengku Suleiman,
Tunjong di bawah penyeliaan Encik Jayaran a/l Ragavan.
- Pada 15 Mac 1979
sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai SM Batu 16, Perlis.
Pada tarikh itulah sekolah ini menerima seorang pengetua iaitu Encik Samsu
bin Abbas
- Mulai tarikh itu, ia tidak lagi menjadi cawangan SM Tengku Suleiman
tetapi ia berdiri sendiri sebagai sebuah sekolah menengah Gred B.
- Sekolah ini telah
ditukar namanya menjadi SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah,(SMKRPMTF) pada
14 Februari 1990 bersamaan 18 Rejab 1410.
- Perasmian telah
disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed
Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
- Sekolah ini telah maju
setapak lagi apabila dinaikkan taraf menjadi sekolah menengah Gred A mulai
1 Mac 1993.
- SMKRPMTF yang terletak
di Kaki Bukit, Jalan Padang Besar (U) kini mempunyai 620 orang pelajar, 66
orang guru dan 12 orang AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana).
- SMKRPMTF kini
mempunyai 4 bangunan tambahan yang baru iaitu Blok Pentadbiran, Blok Pusat
Sumber, Blok Bengkel dan Blok
Akademik.
- Pada tahun 2019 SMKRPMTF
telah dipilih secara rasminya menjadi Sekolah Transformasi (TS25) Kohort
4.0.dan di bawah program Potential Future Charasmatic Leader (PFCL).
SEJARAH SEKOLAH
Subscribe to:
Comments (Atom)
Keputusan SPM BM dan BI 2022, 2023, 2024
GPMP BM 2022-4.65 2023-3.96 2024-3.74 GPMP BI 2022- 6.81 2023- 6.79 2024- 6.08
-
Pada 14 Febuari 2025, mesyuarat Bidang Bahasa kali pertama berjaya dilaksanakan.
-
SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah atau dikenali dengan Sekolah Menengah Batu 16, Perlis (sebelum 14.2.1990) bermula dengan sebuah ...
-
PENGURUSAN FAIL PANITIA • Perlu lengkapkan link Individu dan Panitia Mylink • Fail telah dimuat turun – upload bahan, s...
No comments:
Post a Comment